PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah mengembalikan semula permohonan semakan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit permohonan itu.
Pasangan itu memfailkan permohonan semakan bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah tahun lepas.
Hari ini panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin memerintahkan permohonan semakan pasangan itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu.
Hakim Hadhariah yang mengetuai panel itu berkata apabila permohonan semakan difailkan, adalah menjadi kewajipan Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu tanpa mengira apa jua cara permohonan itu difailkan.
Beliau berkata dalam kes Bung Moktar dan Zizie Izette, Mahkamah Tinggi tidak berbuat demikian (untuk mendengar merit permohonan semakan) apabila mahkamah menolak permohonan semakan pasangan itu berdasarkan alasan mereka telah menggunakan kaedah yang salah ketika memfailkan semakan itu.
Hakim Hadhariah berkata tiada cara khusus dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengenai bagaimana semakan boleh dilakukan.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi atas usulnya sendiri, boleh membuat semakan untuk sesuatu kes selepas membaca akhbar atau mendapatkan fail atau berdasarkan permohonan mana-mana pihak atau individu yang berminat pada mana-mana peringkat prosiding.
"Dalam kes ini, permohonan semakan dikemukakan oleh peguam tertuduh (Bung Moktar dan Zizie Izette) di peringkat kes prima facie," katanya.
Beliau kemudian menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Pada 9 Dis tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid menolak permohonan semakan yang difailkan pasangan itu tanpa mendengar merit permohonan tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman itu menolak permohonan semakan tersebut selepas menerima bantahan awal pihak pendakwaan yang menyatakan pasangan itu telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan.
Mahkamah Sesyen pada 2 Sept tahun lepas, memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Ini mendorong mereka untuk memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi. Berikutan penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan semakan itu, mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mendengar bantahan awal yang dibangkitkan pihak pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette dengan menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Bung Moktar diwakili peguam M.M.Athimulan manakala peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette manakala Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank. - Foto BERNAMA
Era baharu hubungan Malaysia-Singapura
Bukan rahsia, kepimpinan Lee Kuan Yew tidak sebulu dengan Tun Dr Mahathir. Kini legasi kedua pemimpin sudah berakhir dan bertukar kepada kepimpinan baharu. Apakah jangkaan dalam lembaran baharu ini kepada hubungan dinamik dua hala?
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).